Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, 10 August 2012

Usaha lagi

ok oleh kerana aku sedih dengan kegagalan period muncul selepas delay haid 2hari.. so, aku bagitahu husband kita buat cara lain pulak nak tak? maksudnya kita usaha cara lain. so, masa kami gi farmasi arituh ade nampak 1 suppliment utk si suami.. lepas tuh tanya suami nak tak amik suppliment ni. Linda belanja nak tak? hehehe.. so, husband kata utk apa? ala..ni utk ubatkan sperm. manalah tahu leh berjaya ke kan? suami kata boleh jugak kalu nak cuba.. aku pon belilah bende ni kat malaysia takde ni.. oleh kerana suami mmg ade masalah sperm ni aku pon belilah..



ha?inilah dia ghupanya...suami pon dah start makan dah..dengan semngatnya.. harap2 ni adalah usaha kami yang terakhirlah ni..



Salahkan diri sendiri

Bila kita dah berusaha, dah cari jalan penyelesaian buat mcm2 treatment sume, makan suppliment, selagi dengar ade bende yang bagus utk conceive. selagi tuhlah kami mencubanya..

orang tanya duit ko tak habis ke?

huhu! sape kata tak habis kak oiiii..habis je tak dapat nak simpan pon..bila fikirkan pasal anak rase tak lengkap je.. ade pulak yang kata mesti ko ni bnyak dosa sampai tak boleh dapat anak..sedih woooh bile ade sesetengah pihak letakkan dosa pada kita. takpelah aku terima sebenarnya. walupon sedih tapi dalam hati aku cakap mcm ni. MUNGKIN KOT! ade betulnya. kenkadang adik beradik sendiri ckp kat kita.. ko ni linda bnyak sangt penyakit ni nape? lorrr..yelah sebelum ni aku detect cyst..lepas tuh operate.. tu yg dikatakan penyakit.. nak buat mcm ner ALLAH dah kata aku ade penyakit dari awal.. nasib ko, blum tahu lagi kan? ha..jgn cakap benda yang ALLAH buat.. semua ni semua ALLAH yg aturkan.. kita kene doa je...

So, kepada yang kat luar sana tuh kene mcm aku ni.. buat dekk! je.. nasib kat dowanglah hei..nak kata apapun..

CERITA Sodehhhhh!


Dibulan Ramadhan ni, aku seorg hamba ALLAH sangatlah berharap agar doa2 dimakbulkan olehNYA... salah satu DOA yang aku selalu minta adalah mempunyai zhuriat.

Ok start nak bersedih ni....

Awal2 simptoms
seminggu sebelum period aku didatangi simptom2 pregnant antaranya :

  • Badan start lemah
  • demam diikuti breast bengkak
  • pening-pening
  • tidak bermaya
so, aku try buat "UPT" Ya ALLAH..sekali aku dapat fain line (hati sudah berbunga) tangan pon dah menggigil..ALLAH..sahaja yang tahu masa tuh keadaan aku. ni photonya



dari pandangan koang mcm ner? kalu dari pembacaan walupon keluar blur2 mcm ni sudah dikatakan bacaannya adalah (POSITIVE).. so, aku tunggu lagi sebab period pon blum due..


selepas seminggu aku tunggu waktu period. Hari yang sepatutnya aku haid, tapi tak datang so aku pon cool je tunggu lagi. tapi badan dah sakit, pinggang pon sakit, perut pon dah buat hal dah..tanda2 nak datng bulan lah tuh..! dalam hati jgnlah dtg lagi.. tak reti nak cuti ke?

2hari delay haid, hari ke 3 delay betul2 lepas buka puasa. time tuh tengah baca AL-quran surah YUSOFF, sedang baca..tetiba terasa mcm ade tak selesa sekitar underwear.. rase habislah sure period ni. ermm...sabar jelah.. so, gi tandas tgk mmg ade setompok spotting brownish ..aku tunggu lagi tak keluar haid.. dari pembacaan jugak kalu keluar spotting mcm tuh n tunggu kalu tak period jugak lehlah bersyukur mungkin ade harapan lagi. so, aku trus berharap dah menadah tangan memohon pada yang esa.

keesokkan harinya waktu bngun sahur tuh, tetiba rase panas je kat seluar dalam. tgk2 bukak mmg dah ade darah seketul huh! sabar jelah hati pon berdebar...tapi, punyalah nak anak aku masih berharap lagi tunggu dalam kol 10pm time ade darah tuh aku try buat UPT lagi.. Test jgn tak test.. ini resultnya :



see.. nampak tak terang skit kan.. masih positive lagi...


keesokkannya darah berketul2 keluar..aku tahu mmg takde harapan.. so, trus kata kat husband jom beli yang digital punya pulak..hehhee.. husband pon kata JOM!

gilah berdua terkedik2 ke farmasi jalan kaki tau seberang jalan lagi..punyalah nak tahu result jugak.. Tgk bezanya org blum ade anak yang teringin nak anak ni kan? sanggup buat apa sahaja.. so, beli punya beli, balik test punya test !  nak tahu result dia apa? jeng..jeng..? jawapannya, persilakn cik didgital bagi jawapan ?


nilah jawapannya.
Erm...punyalah awal2 dah positive tup..tup tak berjaya pregnant jugak..nasiblah badan...




Pengalaman Berpuasa di negara Perth Australia

Salam,

Bila dah duduk dekat negara org ni, nak cerita jugaklah pengalaman kat sini. untuk pengetahuan kat sini barang mahal2 sgt. so kalu nak jimat bulan puasa nilah timenya.hehhehe.

nak cerita jugaklah kat sini aku dtg utk temankan suami yang sambung berlajar buat master in engineering electrical di curtin university. kat sini terdapat 1 masjid dalam universiti mcm cabin je.. tapi, time bulan pose sngtlah meriah kat sini. nak2 lagi time berbukalah..hehhee. kat masjid ni mmg boleh dikatakan setiap tahun akan buat buka puasa dengan mewahnya. sebab ade sponsor dari org2 arab yang duduk dekat sini.

Mcm aku ni dah berkeluarga tidaklah datg hari2x cume time weekend je.. hihi. sebab selalu masa utk suami. masa awal2 bulan pose dulu pernah jugak dtg buka kat cabin tuh.. masyaALLAH lauk2nya simple tapi sodap. makan nasi dia pon dah sedap.. hehhe kenyang sgt.. nanti aku uploadkan gambar2 sekita masjid di curtin ni k..

Saturday, 4 August 2012

Endometriosis

Sape tahu apa itu Endometriosis? Angkat tangan...

Hehehe, penyakit endometriosis ni adalah penyakit yang berpunca dari salahsatunya adalah STRESS...Erm, sbb aku adalah seorang pesakit endometriosis. Efected sebelum ni start dari nak mendirikan rumah tngga sampailah aku nak cahaya mata Ya...ALLAH tuhan jelah yang tahu. Mcm ner aku lalui semua ni..Tapi, oleh kerana, aku mempunyai suami yg sgt memahami. aku jadi tabah dan semakin tabah. itu je tempat aku mengadu.. tapi, tak sume bende pon kita leh ngadu..ade juga jawapannya kata kita mengada-ngada..hehhee..

Nak nasihatkan jugaklah koang don't stress2x nanti jadi mcm aku ni.. susah sgt nak dapat anak..sampai skng still mencuba..Erm..ade jugak org kene endo ni berpunca dari masalah period yang tidak teratur dan juga periodnya terlalu bnyak dan panjang...Dan ade jugak yang kene endo ni sebab mempunyai senggugut yang teruk tau..so, jika ade simptom2x mcm ni cepat2lah gi jumpa PAKAR..diingatkan better ke PAKAR SAKIT PUAN. jgn pergi ke dr klinik dowang tak tahu pasal sakit2x wanita ni. paling kuatpon bagi ubat tahan sakit. setakat pil tahan sakit bek gi farmasi je amik pik killer tu ha...

Pengalaman aku detect cyst/endometriosis

First sekali bulan Feb 2010, masa tuh aku baru je kawen..tak sampai sebulan pon.. lepas je balik dari honeymoon..aku period. Tapi, period aku kali ni..sakit laaaa...hai. tak tahu nak kata.. sakit sesangat. so, aku bitahu suami, tapi yelah dia bukan leh tolong apapun. mcm tak tahu nak buat apa pun. so, esok tuh aku gi jumpa dr pakar . first dr, yang aku pergi adalah DR FATIMAH NAJLAH hospital kelana jaya medical center. so, dr scan perut. masa tuh dr kata ade cyst. tapi, kita baru lagi kan...tak tahu pon apa tuh cyst. dr tuh pon terangkanlah..serius aku kata, aku tak faham sepatah haram..Erm...aku ngan suami dok hanggok..hanggok, geleng-gelenglah.. Dalam hati, nasiblah ko linda..dongar jelah.. so, dr pon kata awak faham tak? aku pon kata fahamlah..malas nak fikir dah.. kang kalu aku bnyak tanya kang, kata aku bebal pulak? so, diam jelah.. Dr, suh balik ambil ubat. ubat yang dr bekalkan adelah duphaston...katanya utk mengecutkan cyst. layan...jelah..

Akupon ambil duphaston tuh dalam 3 bulan kot. Effect dari ambil pil tuh..badan aku naik mendadak tak silapnya..hehhehe..

After 3 months tuh, aku pon beralih arah pergi HOSPITAL PANTAI , kat sini jumpa dr IDORA, erm..dr ni lembut sgt dia cakap mmg lembut lerr.. dan dia pon check aku buat pap smear..dr kata result ok. Dr scan jugak buat vagina scanning, n dr kata mmg ade cyst. Tp, cyst ni tak besar pon..kecil je..2cm. so, dr scan peranakan sume, n dr kata semuanya ok cuma nampak mcm peranakan tuh senget skitlah..tapi oklah lagi.. Cuma ngan dr ni, aku kureng jugak dengan dia. sebab dia tak bnyak berbincang pasal penyakit kita. so, tak bnyak maklumat yang aku tahu pasal cyst tadi ni. aku tanya dia jawab..aku tanya dia jawab.. sampai aku tak tahu nak tanya apa ngan dia..Dalam hati, aku dtg  bayar mahal2 ni nak tahu pasal penyakit aku ni. lama jugak aku dengan dia, adelah dalam 6bulan jugak...Tapi, ngan dr ni aku dibekalkan clomidphene..ambil start day 2 till day 6.. pil ni utk membesarkan telur. so, aku pon ambillah..effect dari pil ni.. MasyaALLAH..badan naik lagi.. dalam hati ubat2 dr ni sume nak besarkan badan org ke apa? Huh!

berita yang menggembirakan tidak kunjung tiba. so, aku bosan pergi pulak check dengan dr Mahziah Maideen Damansara specialist. Masa first2 jumpa dia tuh, suka sgt tgk muka dia. org pantai timur comeilah kan? suka tgk dia tuh sebab muka dia lembut je, mcm muka2 keibuan gitu. so, aku pon ceritalah sebelum ni punya kisah. so, dia dah ambil detail aku. n trus buat scan. check punya check, dia pon kata ade cyst tapi, keciklah tak beso.. so, dia suggestkan ambil darah, utk konfemkan hormon, konfemkan hamil. semua tuh berjalan dengan lancar. n dr suh buat HSG kot. yang masukkan speckulum dalam kemaluan n scan tiub folipio pada masa yg sama dia masukkan sejenis cecair biru. utk nak pastikan tiub kita punya saiz, n tersumbat ke tidak. result dia ALHAMDULILLAH..normal.

Lepas tuh check suami pulak, just hantarkan sampel "airmani" kat lab..ha..kat sini ade sikitlah masalahnya. tapi, still oklah boleh diubati. InsyaALLAH..

bila dr tgk kedua-dua result, dr suggestkan buat IUI,

ok kami pilih tarikh yg sesuai utk proses IUI ni. ringkaskan cerita..IUI first kami tak berjaya, so dr suggestkan buat IUI utk 2nd time, pon tidak berjaya. Erm...

Takpelah bukan rezeki kami.. REDHA je pada yang berkuasa...

STRESSS!

Bila si kami dengar sindiran, perlian, kutukan, kritikan daripada org yang kurang cerdik akal ni. Startlah org yang mcm kami ni jadi tekanan(STRESS). Dengan soklan-soklan, cacian org diluar sana yang tak pernah langsung pedulikan perasaan org..

Kenkadang aku tak faham, koang yang dok mengata org yang takde anak, koang yang dok perli-perli kami ni mcm tak takot dengan ALLAH, Mcm tak tahu agama. mcm tak tahu hukum hakam. Koang tahu tak koang dok menyakitkan hati org nak-nak lagi org yang sedang terima dugaan, balasan dia masyaALLAH. tak takot eh? Zaman skang ni ALLAH bayar CASH je beb. Takde nak tunggu-tunggu ni. Koang tahu tak betapa sedihnya kami? Mesti koang tak tahu kan? Sebab koang tak pernah dok ditempat kami.

Itu baru org luar, belum lagi dalam Family.kalu ikutkan bnyak betul masalah yang aku alami. tak tahu nak cerita kat sape. so, lalui jelah dengan hati yang lara ni..berdoa adalah jalan yang terbaik.Ameen!


TIDAK SEMUA MCM TUH...

Walaubagaimanapun tidak semua yang mcm tuh.Ada yang dtg memberi nasihat, ade yang sgt memahami..ade yang dtg membantu. ada yang dok tolong doakan kami. Syukur ALHAMDULILLAH.....



Sebelum ada BABY!

Salam u olls,

Nak cerita sikit ni.actually sampai sekarang pon belum lagi ade tanda-tanda nak ade org baru ni. Tapi, punyalah nak baby sampai terpaksa bukak blog ni. Kasihannye...lah kat aku ni..sampai mcm tuh sekali..Punyalah nak anak..

Perasaan

Perasaan org takde anak?
Meh aku cite kat hangpa. Kenkadang org yg mcm kami (susah dapat anak) sgt sensitip.

Contohnya :
  • Bila kawan yang kawen lewat dari kami dah pregnant
  • Bila yang detect pregnant tuh dok heboh sekampung dah pregnant dengan ayat memerli..Huh! mmg HOT.
  • Bila nak pegang anak org tapi, seakan ibunya tak suka. (aku dah pernah kene ni)
  • Bila org yang kita selalu luahkan perasaan detect pregnant punyalah dok sorok2 taknak bagitahu last2 tahu dari org lain. (aku mmg tak suka ini org).
  • Bila bercerita dengan angkuhnya pasal anak.
  • Bertanya soklan yang kurang didikan cth : ko bila nak ade anak? anak dah bape? koang tak pandai buat ni? Adoooiiii..org mcm ni ade jugak kene simbah asid ni kang.

Yang lain koang yang pernah lalui sahaja yang  tau...